Gara-gara terkejut dengan kehadiran seorang budak lelaki di belakangnya secara tiba-tiba, seorang pengawal keselamatan bertindak melepaskan tembakan terhadap budak tersebut.
Itulah kejadian yang berlaku di Karachi, India semalam apabila seorang budak berusia 11 tahun maut di tempat kejadian selepas ditembak oleh seorang pengawal keselamatan kerana terkejut melihat mangsa memakai topeng raksasa.
Pengawal keselamatan terbabit, Ghulam Nabi kini telah ditahan polis untuk siasatan lanjut atas kesalahan membunuh tanpa niat.
Menurut laporan polis, pengawal tersebut memberitahu dia terkejut melihat kedatangan budak terbabit lalu melepaskan tembekan ke udara namun terkena mangsa. -HarianBlogger.Com
Rujukan: mStar

0 comments:
Post a Comment