Butterworth: Polis berkas kekasih disyaki bersekongkol pecah tabung masjid di Butterwoth.
Mereka, yang masing-masing berusia 24 dan 25 tahun dikatakan berasal dari Pengerang, Johor, dan
ditahan di hotel murah, di sini, Khamis lalu.
Pasangan itu itu dipercayai menjelajah semenanjung dan memecah tabung masjid di setiap daerah
dikunjungi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Azmi Adam, berkata di SPU
saja, suspek mengaku melakukan tiga kes pecah tabung di tiga masjid di sini baru-baru ini.
Beliau berkata, pasangan itu juga mengaku melakukan 15 kes yang sama di beberapa daerah lain.
Katanya, polis masih menyiasat kes berkenaan termasuk menyemak kejadian pecah tabung masjid
yang mungkin didalangi suspek di daerah lain.
Azmi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam
bangunan.
About Syed Faizan Ali
Faizan is a 17 year old young guy who is blessed with the art of Blogging,He love to Blog day in and day out,He is a Website Designer and a Certified Graphics Designer.
0 comments:
Post a Comment